Info Menarik Dari Ceramah Hari Inovasi 2011

Categories: Umum
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 8 November 2011

Assalamu’alaikum semua..

3 November 2011 yg lepas, jabatan kimia malaysia pulau pinang ada buat sambutan Hari Inovasi..

Antara pengisian dalam sambutan tersebut adalah ceramah berkenaan Inovasi & Kreativiti dalam Jabatan @ organisasi..

Sekadar berkongsi pengetahuan,, sambutan tu dimulakan dengan bacaan ikrar dan doa, seterusnya ucapan perasmian oleh pengarah Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang, Tn Hj, Shaharudin b. Hasan. Yang tak syoknya,, sebelum acara perasmian dirasmikan, gimik hari inovasi tu ‘beroperasi’ secara tiba-tiba…. sebelum majlis bermula lagi.. aduh.. penat lelah selama 2 minggu buat rehearsal gimik, sia-sia camtu je.. redha je lah..

namun, apa yang saya nak kongsi sebenarnya, ialah ceramah oleh pengarah Institut Integriti Pulau Pinang, En. Rozaidi bin Abdul Rahim Razali.. (anak dato’ rahim razali? tak kot.. takde iras-iras pun..) antara ucapan menarik beliau adalah:

1. PENGGUNAAN UBAT ANTI-BIOTIK: boleh menyebabkan masalah retro-ejaculation.. ape tu.. “maksudnya, air duit tak boleh keluar..” paham la kot no.. Beliau melakukan research dlm Google setiap kali nak ambil preskripsi yang doktor bagi. dalam kes beliau, doktor tu cakap, “u r having retro ejaculation? that’s impossible, among 10,000 people, only 1 will affected..” “well, I’M THE UNLUCKY THAT 1 PERSON!” hehe,, katanya lagi, kalau berterusan lagi ambil, maybe dia akan Impoten,, permenantly… FUH! tapi nisbahnya 1\10,000.. berani ambil?

2. KEMPEN TAK NAK MEROKOK TAK BERKESAN - Sebab apa kata beliau? sebab mindset otak kita, JANGAN ni perkataan negatif,  bila disebut JANGAN, kita fikir terbalik, dia jadi “BUAT LA” so, lagi depa nak buat.. cuba cakap kat budak-budak, “jangan tengok TV dekat2, nanti mata rosak,,, huh,, lagi dekat depa tengok TV tu..” “cuba kata camni,, Ha tengok dekat lagi TV tu, kalau boleh sampai masuk dalam TV tu..” konfem depa ikut depa dok jauh dari TV tu.,.” hehe.. sama macam kempen tak nak rokok,, tak nak tu perkataan negatif.. cuba try tukar.. “Merokoklah Sampai MAti..” atau pun “beli 1 kotak, free 1 kotak, dgn syarat, hisap 6 batang sekaligus..” atau pun susah2 sangat, haramkan terus rokok kat negara Malaysia ni,, Hisap la benda lain selain rokok.. konfem kerajaan tak luluskan, tapi possible..! KAN..?

3. JARI TANGAN KITA -

Ibu Jari – Jari Paling Kuat : sebab: takde ibu jari genggam apa pun tak kuat.cer teka tapak tangan sape..

Jari Telunjuk – sinonim dengan Switch finger : sebab: kita tekan suis  pakai jari apa…?

Jari Hantu – Jari Paling Jahat: sebab: jari paling tinggi, boleh pijak semua jari2 yang rendah dari dia..

Jari Manis – Jari Paling sesuai sarung cincin, juga jari paling cantik. Tak gemuk mcm ibu jari, tak kurus mcm
kelingking,

Jair kelingking – jari paling kecik, halus..

Setiap jari adalah penting walaupun berbeza panjang..

Bayangkan kita bangun pagi, semua jari kita sama panjang.. macam mana nak makan nasik? Alhamdulillah Allah dah jadikan kita sesempurna kejadian..

jari paling kuat & paling banyak kita guna ialah ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu,, sama macam ketua, ada penolong kanan 1 & penolong kanan 2.. maknanya tak penting ke jari manis & jari kelingking? penting… sebab walaupun boleh buat kerja, tapi kalau takde 2 jari last ni, kerja jadi tak sempurna.. Sama macam sesebuah organisasi jabatan, tak bermakna orang paling bawah tak penting… jadi jangan memandang rendah orang yang berjawatan rendah @ kerjanya nampak ‘low class’, sebab semua kerja yang baik adalah ‘high class’ di sisi Allah s.wt…

Setakat tu saja yg menarik.. lain2 tu ada la cerita pasal inovasi & kreativiti.. kalau nak cerita kat sini, sure tak larat nak baca.. hehe..

Sponsored By Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Sponsored By Nuffnang
Clip-On Sunglasses
Arkib Pos..
Welcome , today is Sunday, 20 May 2012